Jumaat, 2 April 2021

Samping Pelengkap Warisan

Akhir sekali, tidaklah lengkap berbaju Melayu sekiranya tidak dipadankan sekali bersama samping. Samping juga membawa maksud tersirat seperti :

i )Untuk lelaki yang sudah berkahwin, mereka perlu memakai samping di bawah lutut.Manakala bagi yang bujang harus di atas lutut.

ii) Bagi yang sudah berkahwin, namun memakai samping di atas lutut bermaksud dia hendak berkahwin lagi.
Seperti kata teromba klasik ;

     “adat memakai samping kok sudah 
       beranak bini atau orang yang patut-
       patut kain samping bawah lutut sama
       setentang paras betis ikat bergulung
       lurus lurus jika ikat atas lutut itu tandanya
       nak cari lagi harus tahu keadaan ini” .
Cara pemakaian samping juga membawa makna atau menunjukkan status masyarakat. Misalnya, kaum kerabat mengikat kepala samping di sebelah kanan. Bangsawan di sebelah kiri. Rakyat biasa di tengah-tengah.

Terdapat juga situasi di mana samping juga boleh digunakan sebagai alat mempertahankan diri. Untuk mennggunakannya mudah sahaja, si pemakai haruslah menyimpul hujung samping dan dihayunkan ke arah lawan. Dengan teknik hayunan yang betul, batu sekali pun boleh dihancurkan.

Ilmu dan falsafah di sebalik berbaju Melayu haruslah sentiasa dipelihara dan dihebahkan supaya lebih ramai yang tahu, seterusnya dapat dipraktikkan.

 Dalam erti kata lain , agar warisan Melayu sentiasa utuh dan dapat diwariskan kepada generasi akan datang sesuai sesuai dengan kata orang tua-tua, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Jumaat, 19 Mac 2021

Falsafah di sebalik ciri-ciri Baju Melayu

   Seperti yang anda semua ketahui, terdapat dua rekaan baju Melayu iaitu Cekak Musang dan Teluk Belanga
Baju Melayu Cekak Musang berbutang lima dan Baju Melayu Teluk Belanga berbutang satu. Setiap satu dari butang tersebut membawa falsafahnya yang tersendiri.

Berbutang lima merujuk kepada lima rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat fardu lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan mengerjakan haji bagi mereka yang mampu.

   Jika kita hanya memakai dua butang sahaja, maka tidak tercapailah falsafah di sebalik menegakkan rukun Islam itu. Malah terdapat teromba yang menyatakan pentingnya pemakaian lima butang ini ;

   “cekak musang berbutang lima
     lima rukun di dalamnya
     lima petua dibawanya
     lima tiang ditegakkan”.

Pemakain satu butang Teluk Belanga pula membawa maksud Tuhan Yang Maha Esa seperti disebut di dalam teromba yang berbunyi ;

     “teluk belanga berbutang tunggal
       tunggal satu tuhan yang disembah
       tunggal tidak dapat dianjak alih
       tunggal tidak dapat dibelah”.

Baju Melayu tiga saku pula merujuk kepada akidah atau kepercayaan , Islam dan Ihsan.

Pun begitu, terdapat juga pandangan yang mengatakan baju Melayu sebenarnya mempunyai 7 butang.
Tetapi, pakaian tersebut hanya dikhususkan bagi golongan bangsawan. Tujuh butang membawa pengertian kepada 7 lapisan langit dan bumi, dan 7 tingkat syurga dan neraka.
 Perkara ini bertujuan untuk sentiasa mengingatkan golongan tersebut kepada Allah Yang Maha Mulia.


Khamis, 11 Februari 2021

Baju Melayu Teluk Belanga dan Cekak Musang

Terdapat dua jenis Baju Melayu iaitu Cekak Musang dan Teluk Belanga. Tedapat pelbagai variasi baju Teluk Belanga yang boleh dipakai oleh lelaki mahupun wanita. Sebaliknya, baju Cekak Musang pula hanya khusus untuk lelaki.

(Baju Melayu Teluk Belanga rekaan Sultan Abu Bakar)

Menurut Dato' Haji Muhamad Said di dalam buku Pakai Patut Melayu pula, kedua-dua jenis Baju ini berasal dari Teluk Belanga,Singapura yang kini lebih dikenali sebagai Harbour Front.
Ciri-ciri baju Melayu Cekak Musang :


Ciri-ciri Baju Melayu Teluk Belanga :

Khamis, 14 Januari 2021

Asal Usul Baju Melayu

Tahukah anda asal usul Baju Melayu ? 
        Baju Melayu dikatakan berasal pada 700 tahun yang lalu dan diperkanalkan oleh Sultan Muhammad Syah yang kaya dengan falsafah dalam berbusana di empayar Melaka.
       Pada waktu itu, beliau menginginkan orang Melayu mempunyai penampilan khusus bagi menampakkan sebagai satu bangsa yang mempunyai jati diri dan tidak seperti baju "atas angin".  
          Pada zaman Melaka, baju Melayu direkabentuk agak singkat dan ketat seperti baju dipakai pesilat. Namun, evolusi rekaan Baju Melayu harus mendapat kebenaran sultan.Baju Melayu yang dulunya ketat sekarang berubah longgar dan lebih labuh seperti yang kita pakai hari ini. Walaupun rekaanya berubah tetapi tujuan penghasilannya masih sama iaitu bagi melambangkan jati diri kaum Melayu dan bukan hanya sekadar menutup aurat. Hanya dengan memakai Baju Melayu, kita dapat mendidik anak-anak supaya memakai pakaian yang lebih sopan dan berhemah.


Selasa, 12 Januari 2021

Pengenalan Kepada Baju Melayu

  Baju Melayu bukanlah pakaian asing lagi terutamanya bagi kaum Melayu. Seawal umur dua hingga tiga tahun, kita sudah diperkenalkan dengan pakaian tradisional tersebut. Baju Melayu selalunya akan digayakan terutamanya pada hari raya, majlis perkahwinan, pada waktu solat dan sebagainya. 
Namun demikian, pada dahulu kala Baju Melayu menjadi pakaian sehari-harian bagi masyarakat di praja ini. Seiring berjalannya waktu, musim pun bertukar, memakai Baju Melayu pada setiap masa sudah menjadi tidak relevan lagi.
  Perkara ini kerana semakin banyak trend pakaian yang dikeluarkan tidak kira masa , ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Rentetan senario itu, remaja pada masa kini semakin hanyut dibawa fesyen barat yang boleh mengaibkan diri dan melunturkan jati diri bangsa Melayu.
    Oleh itu, tujuan blog ini dihasilkan ialah untuk melahirkan kembali semangat cinta akan warisan Melayu yang semakin pudar dalam kalangan "REMAJA".

 


Samping Pelengkap Warisan

Akhir sekali, tidaklah lengkap berbaju Melayu sekiranya tidak dipadankan sekali bersama samping. Samping juga membawa maksud tersirat sepert...