i )Untuk lelaki yang sudah berkahwin, mereka perlu memakai samping di bawah lutut.Manakala bagi yang bujang harus di atas lutut.
ii) Bagi yang sudah berkahwin, namun memakai samping di atas lutut bermaksud dia hendak berkahwin lagi.
Seperti kata teromba klasik ;
“adat memakai samping kok sudah
beranak bini atau orang yang patut-
patut kain samping bawah lutut sama
setentang paras betis ikat bergulung
lurus lurus jika ikat atas lutut itu tandanya
nak cari lagi harus tahu keadaan ini” .
Cara pemakaian samping juga membawa makna atau menunjukkan status masyarakat. Misalnya, kaum kerabat mengikat kepala samping di sebelah kanan. Bangsawan di sebelah kiri. Rakyat biasa di tengah-tengah.
Terdapat juga situasi di mana samping juga boleh digunakan sebagai alat mempertahankan diri. Untuk mennggunakannya mudah sahaja, si pemakai haruslah menyimpul hujung samping dan dihayunkan ke arah lawan. Dengan teknik hayunan yang betul, batu sekali pun boleh dihancurkan.
Ilmu dan falsafah di sebalik berbaju Melayu haruslah sentiasa dipelihara dan dihebahkan supaya lebih ramai yang tahu, seterusnya dapat dipraktikkan.
Dalam erti kata lain , agar warisan Melayu sentiasa utuh dan dapat diwariskan kepada generasi akan datang sesuai sesuai dengan kata orang tua-tua, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan