Khamis, 14 Januari 2021

Asal Usul Baju Melayu

Tahukah anda asal usul Baju Melayu ? 
        Baju Melayu dikatakan berasal pada 700 tahun yang lalu dan diperkanalkan oleh Sultan Muhammad Syah yang kaya dengan falsafah dalam berbusana di empayar Melaka.
       Pada waktu itu, beliau menginginkan orang Melayu mempunyai penampilan khusus bagi menampakkan sebagai satu bangsa yang mempunyai jati diri dan tidak seperti baju "atas angin".  
          Pada zaman Melaka, baju Melayu direkabentuk agak singkat dan ketat seperti baju dipakai pesilat. Namun, evolusi rekaan Baju Melayu harus mendapat kebenaran sultan.Baju Melayu yang dulunya ketat sekarang berubah longgar dan lebih labuh seperti yang kita pakai hari ini. Walaupun rekaanya berubah tetapi tujuan penghasilannya masih sama iaitu bagi melambangkan jati diri kaum Melayu dan bukan hanya sekadar menutup aurat. Hanya dengan memakai Baju Melayu, kita dapat mendidik anak-anak supaya memakai pakaian yang lebih sopan dan berhemah.


Selasa, 12 Januari 2021

Pengenalan Kepada Baju Melayu

  Baju Melayu bukanlah pakaian asing lagi terutamanya bagi kaum Melayu. Seawal umur dua hingga tiga tahun, kita sudah diperkenalkan dengan pakaian tradisional tersebut. Baju Melayu selalunya akan digayakan terutamanya pada hari raya, majlis perkahwinan, pada waktu solat dan sebagainya. 
Namun demikian, pada dahulu kala Baju Melayu menjadi pakaian sehari-harian bagi masyarakat di praja ini. Seiring berjalannya waktu, musim pun bertukar, memakai Baju Melayu pada setiap masa sudah menjadi tidak relevan lagi.
  Perkara ini kerana semakin banyak trend pakaian yang dikeluarkan tidak kira masa , ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Rentetan senario itu, remaja pada masa kini semakin hanyut dibawa fesyen barat yang boleh mengaibkan diri dan melunturkan jati diri bangsa Melayu.
    Oleh itu, tujuan blog ini dihasilkan ialah untuk melahirkan kembali semangat cinta akan warisan Melayu yang semakin pudar dalam kalangan "REMAJA".

 


Samping Pelengkap Warisan

Akhir sekali, tidaklah lengkap berbaju Melayu sekiranya tidak dipadankan sekali bersama samping. Samping juga membawa maksud tersirat sepert...