Jumaat, 19 Mac 2021

Falsafah di sebalik ciri-ciri Baju Melayu

   Seperti yang anda semua ketahui, terdapat dua rekaan baju Melayu iaitu Cekak Musang dan Teluk Belanga
Baju Melayu Cekak Musang berbutang lima dan Baju Melayu Teluk Belanga berbutang satu. Setiap satu dari butang tersebut membawa falsafahnya yang tersendiri.

Berbutang lima merujuk kepada lima rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat fardu lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan mengerjakan haji bagi mereka yang mampu.

   Jika kita hanya memakai dua butang sahaja, maka tidak tercapailah falsafah di sebalik menegakkan rukun Islam itu. Malah terdapat teromba yang menyatakan pentingnya pemakaian lima butang ini ;

   “cekak musang berbutang lima
     lima rukun di dalamnya
     lima petua dibawanya
     lima tiang ditegakkan”.

Pemakain satu butang Teluk Belanga pula membawa maksud Tuhan Yang Maha Esa seperti disebut di dalam teromba yang berbunyi ;

     “teluk belanga berbutang tunggal
       tunggal satu tuhan yang disembah
       tunggal tidak dapat dianjak alih
       tunggal tidak dapat dibelah”.

Baju Melayu tiga saku pula merujuk kepada akidah atau kepercayaan , Islam dan Ihsan.

Pun begitu, terdapat juga pandangan yang mengatakan baju Melayu sebenarnya mempunyai 7 butang.
Tetapi, pakaian tersebut hanya dikhususkan bagi golongan bangsawan. Tujuh butang membawa pengertian kepada 7 lapisan langit dan bumi, dan 7 tingkat syurga dan neraka.
 Perkara ini bertujuan untuk sentiasa mengingatkan golongan tersebut kepada Allah Yang Maha Mulia.


Samping Pelengkap Warisan

Akhir sekali, tidaklah lengkap berbaju Melayu sekiranya tidak dipadankan sekali bersama samping. Samping juga membawa maksud tersirat sepert...